Tuesday, April 20, 2010

tugasan bahasa melayu




baru2 ini cikgu bm a.ka cg zahian telah menyuruh warga syokterlebih mencipta pantun pengenalan diri.Kami semua dikehendaki menyiapkan tugasan tersebut selama lebih kurang 20minit.Berbagai-bagai pantun yg memuji diri sendiri dan biasalah sentiasa syok sendiri..(^^).

pemenang bagi kategori pemantun lelaki terbaik telah dimenangi oleh ahmad wafi.Manakala pemantun terbaik perempuan telah berjaya digondol oleh siti aisyah hassan..tahniah kepada mereka.Di sini disertakan beberapa pantun yg berjaye dicuri.

p/s:apsal mcm laporan je??..heheh..








serabutnya hati mencari idea,


membuat pantun diri sendiri,


marilah dengar kisah saya ,


fatin mardhiyyah empunya diri.






air di sungai lenang-lenangan,


jangka disangka tiada buaya,


alang mencuba biarlah menang,


itulah prinsip hidup saya.



bila dah berpantun terlupa dunia,


apakah daya masa dah tamat,


saya seorang blogger yg setia,


oleh itu jemputlah melawat.



from:hanmean








kelapa sawit disangka strawbery,


sekali makan tak nak lagi,


nama nabilah diriku ini,


matlamatku belajar sampai universiti.





berjalan petang bersama Chester,


sambil berjalan makan Choki,


amat suka kepada hamster,


namun tak berpeluang nak memiliki.





cukup sahaja kisahku ini,


mohon maaf sepenuh hati,


andai kata tak puas hati,


jangan disimpan dalam hati.




from:nabilah nasir








duduk termenung di tepi kolah,


berangan tentang anak pak dollah,


suka baca novel anti buku sekolah,


itulah saya shafiqah nabilah.




berjiran di sebelah iffah,


berjauhan skali dengan kipas,


duduk di tepi tong sampah,


sering digelar MPK kelas.




special from:riesha(^^)








datang ke mersing menjual guli,


berniaga bersama keluarga sendiri,


ayahnya bernama encik razali,


nurul fadiana nama diberi.




pergi belayar mencari skop,


kapten digelar sebagai nakhoda,


wajahnya manis bertudung litup,


senyuman manis semua tergoda.




khas from:fadiana

sekian..wasalam....




No comments: